Wednesday, May 14, 2014

Utara

Assalamualaikum.. 
Hello, Hai bertemu kembali. rasanya sudah lama saya tidak update blog ni setahun juga lah rasanya.. feeling rindu pastinya ada setelah sekian lama menghilangkan diri huhuu bukan menghilangkan diri tapi melayan assignment yang bertimbun2 dan tidak henti2, sampai nak luangkan masa untuk buka blog pun tak sempat, pergh dasyat betul kan hehee..:D

Alhamdulillah setelah selesai 3 tahun study Diploma in Architecture baru lah ada masa untuk buka dan update blog ni dan sejujurnya saya ini bukan lah seorang penulis yang hebat dan bukan juga seorang blogger yang tegar tetapi saya ini hanya insan dan hamba yang ingin berkongsi gambar dan pengalaman yang sempat saya rakamkan untuk dikongsikan bersama, Mohon kemaafan jika terdapat kekurangan dan kelemahan sepanjang perkongian saya kali ini :)  Dan dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Datang dan  Semoga anda semua sentiasa dalam keadaan sihat, Bahagia, Ceria, serta Gembira, supaya hari-hari kita sentiasa Osem dan bersemangat..!!! ok.!!

Mari kita tadabbur sedikit Surah ar-rum ayat 22.
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi,dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan- keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuaan" (Ar Rum:22)

Secara ringkasnya point yang saya nak highlight kan dari ayat 22 dari surah ar-rum ini ialah Allah swt telah membuktikan kehebatan ciptaanya dengan kewujudan serta keindahan langit dan bumi yang tiada tandingannya yang tiada siapa mampu mencipta langit dan bumi sehebat Allah swt. Di dalam Al-Quran juga, Allah swt telah banyak bersumpah ke atas langit dan bumi kerana penciptaanNya yang sangat hebat. subhanallah.. lihat saja disekeliling kita bermacam-macam Allah ciptakan dan berikan kepada kita supaya kita berfikir dan menghayati sedalam-dalamnya setiap ciptaNya :)   
Surah Ar-rum dari ayat 17 hingga 32  ini pernah dibincangkan dalam bulatan gembira dan nak dijadikan cerita pada masa itu kami terpaksa jalankan diluar surau kerana pada masa itu Surau dan semua kawasan sekitar surau mengalami blackout dan hanya kelihatan lampu-lampu jalan yang tak berapa nak terang, Dan itu lah kali pertama kami adakan usrah dalam suasana kegelapan dan yang hanya kelihatan ketika itu hanya cahaya-cahaya screen smartphone yang kami gunakan.. bak kata naqib ku yang baru sahaja mendirikan baitulmuslim.. "ini baru suasana romentik"  bila lagi kan nak rasa pengalaman macam ni huhuuu.. katanya.. :D Pastinya itu lah pengalaman yang takkan kami dilupakan, Banyak juga yang kami bincangkan masa itu terutama sekali berkenaan dengan  ayat 17 hingga 32 surah ar-rum ini terutama sekali berkenaan dengan alam berkenaan dengan ciptaan Allah tentang syurga dan macam-macam lagi :)  
         
Ok lah kita sambung balik pada tajuk asal kita untuk kali ni iaitu " Utara" bukan udara yer tapi Utara hehee.. kenapa letak tajuk Utara.? sebabnya lepas ni apa yang akan saya ceritakan semuanya berkenaan dengan cerita jalan-jalan dan destinasi yang menarik pernah saya pergi di utara iaitu Kedah, Perlis dan juga di Pulau Pinang.. 
  
.. haa ni cheq nak habaq sat kat hampa semua.., hampa yang tak pernah mai kedah lagi tu.., hampa kena mai sbb cheq nak habaq kat hampa semua kat kedah ni macam-macam hampa boleh makan.., kat kedah ni nak makan tak yah risau sebab dia tak mahai mcm kat KeyeL bukan saja x mahai tapi sedap baq hang.. hampa makan lah puas-puas.. hehee tapi INGAT pastikan yang HALAL ok :D

Jap Jap sorry bukan cerita bab makanan yang cheq nak cita.. hehee sbb klo nak cite bab pasai makan ni memag tak kan habis.., lagi pun cheq memang xsmpat nak ambik-ambik gambaq menu makann yang hebat2 kat kedah ni.. belum smpat nak bergambar makan tu dah hbis dulu dah hahaha.. 

JOm! kita mulakan Destinasi kita..
Kita start dari negeri Perlis Indera Kayangan dan destinasi yang kita akan pergi ini adalah ke rumah tradisional Perlis di kangar dan jarak antara jitra ke kangar tidak begitu jauh dan hanya memakan masa 45 minit sahaja. dan kowg kalo nak ke sana kene hati-hati bile lalu kat highway Changlun-Kuala Perlis sebab jalan kat situ banyak speed trap. cheq dah kene dah haritu, terbawa lebih 90 huhuu alah terlebih sikit je pun 112 mcm tu bukannya bawa 180 pun.. apa lah encik polis ni itu pun nak saman huhuu.., so nasihat saya selepas ini pandu lah dengan berhemah jangan bawa kereta laju2 ok bahaya, yang moto pun sama juga jangan bawa laju-laju ok.. ingat patuni had laju dan jaga jarak anda jangan bawa lebih dari yang telah ditetapkan ok. kalo tak alamat terkene lah kowg hahaa..
     
Gambar yang kat bawah ini ialah ruang dalaman rumah Dato' Wan Ahmad, dan ini lah rumah yang cheq habaq tadi tu Rumah tradisional perlis, rumah ini sudah berusia hampir 90 tahun dan Binaan yang masih kekal dari dulu hingga sekarang hanya tinggal bahagian depan itu saja iaitu bahagian dewan rumah dan selebihnya telah diubah suai.
Tujuan kami ke sini bukan lah untuk saja-saja nak jalan-jalan tapi adalah untuk menyiapkan tugasan projek pertama kami bagi subjek Measured Drawing dan dalam projek ini kami perlu menyediakan pelan lantai bagi rumah kayu ini dan seterusnya menyiapkan 3D animasi untuk keseluruhan kawasan rumah Dato' Wan Ahmad.. jika anda nak tengok hasil kerja kami leh klik trus kat sebelah ni >> Rumah Tradisional Melayu Perlis
Pergh! bukan senang nak buat keje ni nak ukur setiap bahagian tu memang sakit lah sebab tak semua bahagian dalam rumah ini sama. Dan setiap tingkap dan pintu dalam rumah ini adalah berbeza serta setiap satunya terdapat maksud-maksud tertentu. 

Berkenaan dengan tugasan yang kami buat ini, Rumah tradisional ini adalah pilihan daripada lecture kami sendiri selepas semua rumah lama tradisional yang kami cadangkan telah ditolak. kebayakan yang kami cadangkan tu semuanya dekat area-area bandar Alor Setar, sebab ingat nak buat kat tempat yang dekat-dekat je dengan rumah kami last2 ambik kau lecture tak berkenan semua rumah yang kami cari tu sebab tidak memenuhi kritiria yang dikehendaki.. dan tanpa ada pilihan lain serta masa semakin suntuk untuk menyiapkan projek ni lecture telah bagi kami rumah kat perlis tu hohoo. 

Walaupun pada awalnya kami memang menolak kerana rumah ini terlalu unik dan gempak hahaa tapi kami akur dengan keputusan itu dan kami sahut cabaran yang telah diberi.. :(
Tapi sebenarnya lecture yang bagi kami rumah tu pun ada sebabnya tau..(ayat poyo) sebabnya lecture tu percayaan pada team kami saja yang mampu buat yang terbaik untuk Rumah Dato' Wan Ahmad ini sebab kalo nak harap team lain rasanya merektak mampu buat macam ape yang kami buat cehhhhhh hahaa :D.

Dengan semangat tinggi yang ada pada kami. kami jadikan ia sebagai satu cabaran untuk kami belajar sesuatu yang baru dari Rumah Tradisional ini dan kami ambil kesempatan ini dengan sebaiknya Dan Alhamdulillah ia dapat disiapkan dengan Jayanya.. Terima kasih semua :)  


LOCATION :
JALAN DATO' WAN AHMAD, KANGAR, PERLIS INDERA KAYANGAN

Seterusnya Gambar yang belah kiri ni pula. Gambar ni masa tengah duduk kat tepi jalan kuala perlis berdekat dengan Terminal Feri kuala perlis.. biasanya budak2 kelas kami memang suka pergi sini bila dah habis sem or siap projek besar, tak tahu lah kenapa.. tengok laut katanya sambil-sambil mendengar deruman air pantai yang mendamaikan. Kami kalo pergi pun selalu time tengah2 malam mcm tu xpernah lagi pergi waktu siang.. Biasa akan bertolak dari jitra pukul 12 dan sampai dlm pukul 1 mcm tu.. kat sini cantik gak malam-malam tapi kalo siang tak tahu mcm mane sebab xpernah lagi pergi waktu siang.. tapi secara jujurnya sebenarnye tak ada apa2 pun yang best kat tempat ni.. orang memancing mungkin lah kot suke tempat2 mcm ni.      
LOCATION :
JALAN KUALA PERLIS, KUALA PERLIS, PERLIS INDERA KAYANGAN


Seterusnya kita pergi ke Pulau Pinang pulau mutiara..
Alhamdulilllah pada Semester terakhir yang lalu saya berkesempatan untuk bercuti dua hari satu malam bersama keluarga di Pulau Pinang dan juga pada minggu yang berikutnya pula membuat lawatan tapak bersama pensyarah dan rakan- rakan kelas DSB6a bagi mnjalankan kajian tapak untuk projek akhir Design4 di Batu Ferringhi. so maknanya pada masa itu saya dapat pergi dua kali berturut2 ke Pulau Pinang.
Antara tempat-tempat yang sempat saya lawati ketika bersama keluarga adalah seperti Penang Hill di Bukit Bendera, Batu Ferringhi, Georgetown, dan masa pulang menaiki Feri. Anda yang nak datang Pulau Pinang tu kalo tak pernah naik feri bermakna anda sebenarnya tidak datang ke pulau Pinang hahaa (sukahati je) just nak kowg rasa pengalaman naik feri je kalo tak rugi lah kowg pergi Pulau Pinang tapi tak pernah naik Feri. Gambar yang atas tu masa kat atas feri.


Sebenarnye banyak lagi tempat2 yang menarik kat Pulau Pinang ni tapi masa dan waktu tidak mengizinkan pada masa itu  :( sebab ayah tiba-tiba ada urusan kerja yang tidak dapat dielakkan so hanya pergi beberapa tempat sahaja hmmm. mungkin selepas ni anda pula yang bawak saya jalan-jalan kat Pulau Pinang ni pusing2 satu pulau huhuu.. kos semua anda yang sponsor ok hehee. :D



LOCATION :
BUKIT BENDERA, PULAU PINANG PULAU MUTIARA

Gambar yang sebelah ini pula adalah tempat dimana kami menjalankan kajian tapak bagi projek terakhir kami yang bertajuk Center of Knowledge di Batu Fringgi.
Kami berkesampatan pusing satu Batu Fringgi bagi melihat sendiri keadan sekeliling dan juga aktiviti di sekitar kawasan tapak. Antara tempat yang menjadi tumpuan para pelancong di Batu Feringgi ini adalah di sekitar Hard Rock Hotel dimana ramai pelacong dari luar dan dalam negara yang datang ke Pulang Pinang menginap dihotel terkemuka ini.




LOCATION :
BATU FERINGGI, 11100 PENANG, PULAU PINANG PULAU MUTIAR

Gambar sebelah ini pula adalah semasa kami berjalan-jalan pusing di kawasan sekitar batu feringgi.  
Dan selepas selesai semua tugasan di batu feringgi perut pun mula rasa lapar dan kami decide nak makan kat tempat yang special kat penang dan mereka memilih untuk makan di Nasi Kandar yang popular dekat penang ni iaitu Restoran Line Clear. Kat situ kalo time nak ambk nasi memang beratur panjang sikit sebabnya kat sini orang memang sentiasa akan ramai lagi-lagi waktu makan tengah hari, kalo dah lapar and sedap memang kalo panjang mana pun orang sanggup beratur tunggu, tapi tak apa janji makan kita puas. Gambar hitam putih kat bawah ni pula adalah jalan Penang dan restoran Nasi Kandar Line Clear ni berada di kawasan sini lah kalo nak tahu lebih detail boleh search kat Google map n cari Restoran line clear msti jumpa ;)    

LOCATION :
JALAN PENANG, 10000 GEORGETOWN, PULAU PINANG PULAU MUTIARA

Kita kembali ke Kedah darul aman. 
Selepas lama menetap di kedah ni *cehhh  lebih kurang tiga tahun, banyak juga tempat-tempat yang sempat saya lawati kalo kowg sebut saja Alor setar nak pergi mane ceq leh tolong bawakan hehee. 

Tapi yang sedihnya sepanjang saya berada di Kedah ini, tempat yang saya dah rancang masa awal-awal dulu masih lagi tidak kesampaian huhuu. saya memang nak sangat pergi Pulau Langkawi tapi apakan daya keadaan tidak mengizinkan hmmm.. memang sedih gile xdapat pergi langkawi, awal-awal dulu memang dah rancang habis nak ke sana sebelum pulang ke Selangor sebab dah dekat sangat dah, tapi tak ada rezeki. tak apa lah mungkin ada hikmahnya yang kita tak nampak. Mungkin selepas ni pergi dengan yang tersayang ke kan baru lah sweet gitu (dengan family lah). huhuu.

Gambar kat sebelah ni kowg mesti tahu apa dia kan. kalo tak tahu memang pelik lah hehe. ini lah menara Alor Setar dan gambar ni sebelum nak naik atas dan ini view dari bawah. Time waktu malam kalo kita nak naik atas menara ini murah je RM6 bgi dewasa RM3 bagi kanak2. tapi saya suggest kowg pergi pada malam lah baru best sebab nampak lagi cantik. 
Gambar yang kat bawah ni pulak pemandangan waktu malam bandar Alor Setar dari atas menara, cantikkan :) 


LOCATION :
BANDAR ALOR SETAR, 08000 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN

Gambar yang sebelah ni pula adalah dataran Tanjung Chali dan di dataran ini terdapat satu menara tinjau yang berketinggian antara 6 atau 7 tingkat macam tu dan ia merupakan menara tinjau kedua di Alor Setar selepas Menara Alor Setar. Tapi yang tak bestnye tak boleh naik macam naik kat menara Alor Setar sebab berkunci kat bawah tu hmm. tak dapat ambk gambar dari atas.. ambik dari bawah je ..


Dan difahamkan dari atas menara ini kita boleh nampak keseluruhan pekan cina ni dan juga sekitar bandar Alor Setar. Menara ini juga betul2 berada di persisir sungai kedah. 
LOCATION :
JALAN PEKAN CHINA, TAMAN PESISIRAN TANJUNG CHALI, 05000 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN

Ok sampai disini sahaja perjalan utara kita untuk kali ini nanti kalo ada lagi saya akan ceritakan kemudian dan yang seterusnya ini pulak saya nak cerita sekit detik2 terakhir saya menghadapi semester akhir sem6.   

Dalam semester yang terakhir ini terlalu banyak yang saya lalui dan berbagai-bagai kenangan dan sejarah telah tercipta antara sejarah yang tercipta adalah tidak tidur selama 3 hari berturut-turut hahaaa nampak macam bukan sejarah tapi ia sangat bersejarah, bagi saya lah hahaaaa.. :D  tak pernah-pernah saya tak tidur selama macam tu taw, kalo bab makan time tu tak yah cita lah sebab makan pun roti je, memang pulun habis sem last haritu. lepas selesai semua baru boleh tidur dengan lenanya...

Gambar sebelah kiri ini masa kami masuk pertandigan iCompex14' dan gambar tu masa tengah present depan arkitek, katanya datang dari penang tak silap, Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik hehee..  
iCompex peringkat kebangsaan kali ini adalah yang ke-2 saya sertai, dan penyertaan saya untuk kali ke-2 ini tidak sia-sia sebab dapat Alhamdulillah dapat medal pulak plus pengalaman hehee.. ok lah dari tahun lepas tak dapat apa-apa dan hanya dapat pengalaman huhuu.. yang penting pengalaman tu.. yer tak.. sebab tak semua orang dapat peluang macam kita ni so kalo dah dapat ruang dan peluang yang orang bagi kat kita, kita buat lah yang sebaik mungkin ok, menang kalah itu cerita no.2 yang pertama ambil pengalaman dulu dari situ kita akan tahu sejauh mana tahap kita dan memperbetulkannya untuk masa yang akan datang.. :D

Yang gambar sebelah ni saya just tumpang gembira je sebab member menang keseluruhan untuk kelas 1,dan dia ni dapat Gold medal pastu dapat wang tunai lagi RM400 pergh.! Rezeki dia lah time tu, dia pun ada cakap yang dia memang perlukan duit sangat masa tu, apa-apa pun TAHNIAH.! lah yer... dia memang layak menang sebab dia ni seorang yang berkerja keras dan sangat-sangat rajin :D  


Sebelah ini pula Presentation yang paling di nanti-nantikan hahaa. (nantikan lah sangat) :P lepas habis je iCompex14' Terus prepare untuk Board Portfolio pergh.! memang tak tidur lagi lah..
Masa buat Board iCompex14' tak tidur pastu campur plus plus Board Portfolio tak tido lagi hohoo :/ memang parah time tu, tapi yang paling untung budak-budak kelas yang tak terpilih masuk iCompex14' lah, sebab mereka ade masa lebih, time kami buat board untuk Board iCompex14' mereka dah buat dulu dah awal-awal Board Portfolio
Kalo Board iCompex14' and Board Portfolio sama tak apa lah juga.. ni tak, yg pertandingan punya board lain yang final punya lain... so double panda lah jadinya hahaaa O_0 sabar je lah..


Yang  bezanya Board iCompex14' dan Board Portfolio ni dia padat sikit sebab dia tak payah guna scale2 sangat kalo pakai scale pun tak ada lah besar sangat pastu dia nak hanya 4 Board sahaja yang bersaiz A2, tapi yang untuk Board Final ni board dia banyak sikit sebab lecturer nak scale kecik dan bagi bangunan tu nampak besar so kira2 hitung2 semua terpaksa lah buat 9 boad pada awalnya lah, bukan saiz A2 ok... tpi saiz A1 besar baq hang nak g print memang sakit skit lah sehelai A1 pun paling kurang Rm10, kira lah berapa klo dah 9 board/helai hohoo.. kalo anda berminat nak tengok board Ini leh ar kowg pergi kat link sebelah ni >> Center Of Aves


Yang ini pula adalah Final portfolio dan pada waktu ini adalah Presentation yang terakhir sebelum tamat sem 6. 
Di sini lecturer akan menilai dari segi perubahan dan pembetulan yang telah kita buat selepas Board Portfolio yang lalu.  So masa tu ade lah juga tambah-tambah edit-edit sikit kat board tu pastu tambah lah juga 1 board total semua 10 jadinya untuk Final Portfolio  
Final Portfolio ini juga adalah sangat penting kerana jika kita tidak hadir atau tidak menghadirkan diri pada masa yang ditetapkan, berkemungkinan ia akan menjejaskan markah terakhir bagi subjek design serta berkemungkinan besar perlu mengulang semula subjek ini. 

Kucing yang sentiasa merawat duka dan lara serta teman ku diwaktu malam huhuu. die ni suka buli encik hitam kat belakang tu kasihan encik hitam tak pasal-pasal kene gigit kene terajang kene tumbuk huhuu (lebih-lebih pulak ) nasib baik encik hitam ni baik tak melawan dan tak melayan perangai dia ni. Time nak balik Selangor haritu ingat mula-mula nak bawa balik, tapi tak apa lah biarlah dia membesar disitu dia pun dah pandai cari makan kat kedai makan seberang dari rumah sewa kami tu jadi tak risau lah kalo pasal makanan, harap depa disana boleh jaga diri baik-baik, jangan nakal-nakal macam kucing sebelah rumah tu yer yang suke sangat membuang kat veranda rumah ok ;)
Bubye KEDAH semoga kita Berjumpa lagi ;)  

Ok sampai disini sahaja cerita destinasi di Utara kita inshaAllah kalo ada lagi saya akan ceritakan lagi ok, dan rasanya kali ini banyak juga yang telah saya ceritakan.. dan mungkin selepas ni kita akan bercerita pulak tentang tempat-tempat menarik diselatan, mana tahu kan dapat study disana pula huhuu. inshaAllah nanti Kalo saya ade Masa, Waktu n Time saya akan sharing2 lagi ok ;)


Segala yang baik itu datang dari Allah yang lemah itu datang dari diri saya sendiri... akhir kalam Wabillahitaufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.. :D

1 comment:

  1. Saja drop komen..
    tiba-tiba pulak rasa nak jenguk2 blog kau..

    - Ana

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...