Firman Allah yang bermaksud:-
"Allah tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya"
(Al- Baqarah:286)
Menghadapi sesuatu cabaran itu bukan lah semudah yang kita sangka dan adakalanya apa yang kita berharap akan berlaku tidak semestinya ia akan benar-benar berlaku. dan pastinya jika ianya berlaku dengan sebaliknya dengan apa yang kita harapkan pasti kita akan kecewa dan berputus asa. Bagi seorang muslim yang beriman, sifat berputus asa itu bukan lah satu jalan yang terbaik dan jalan segala penyelesaian. akan tetapi kita harus menghadapinya dan kita mencari jalan penyelesaiannya dengan berfikiran Positif, istiqamah dan bersemangat.
Kita sebenarnya boleh banyak berlajar daripada orang di sekeliling kita yang mana mereka ini begitu tabah menghadapi hidupnya dan mereka ini tidak mudah berputus asa. benda yang kita perlu selalu ingat adalah, sesukar manapun cabaran yg kita hadapi dan alami itu, cube kita lihat nasib orang lain disekeliling kita yang lebih susah dan sukar mencabar kehidupannya berbanding dengan kita. dan mereka masih lagi boleh tersenyum dan redha menempuh setiap dugaan dan cabaran tanpa perlu mengeluh dan berfikiran negatif kepada Allah. Bukan menjadi alasan untuk kita terus putus asa lagi kerana kita sebenarnya boleh menempuhi setiap dugaan dan cabaran itu sebelum kita mengusaha dengan terbaik.
No comments:
Post a Comment