Assalamualaikum.. Hello, Hai...:D
Diharap hari2 anda sentiasa dalam keadaan Bahagia2 n Ceria2 selalu ^_^
Baru lah hidup anda sentiasa Osem..!!! huhuu Bestkan klo hari2 kita sentiasa Bahagia.. :D
Kalo tak boleh nak Bahagia juga cuba2 lah mmberi senyuman2 pada diri anda dan juga pada orang lain.. Kan senyum itu satu sedekah ^__^ insyaAllah dengan senyuman anda itu dapat memberi kebahagiaan pada orang lain..
Hah tengok senyum kat orang pun dah dapat pahala tau.. senang2 je kan Allah nak bagi.. :D
Ok untuk Kali ni saya nak kongsi pada anda sedikit peringatan, teguran dan nasihat yang mane bende ni sering kali, saya dinasihat oleh murabbi2 saya bila mana saya dalam keadaan Futur, lemah, kecewa, berputus asa dan sebagainya Lah hehee.. :)
Setiap orang mesti ada masalah mereka sendiri kan.?? tol ak.?? saya sendiri pun ada masalah2 tertentu... kadang2 masalah dgn study, friend, dan macam2 lagi lah (byk tau)...:D
Dan Semua orang tak suka dalam keadaan bermasalah ni kan, semue orang sukakkan kebahagiaan betul tak.. tipu lah kalo xsuke bahagia.. emmm.. Setiap manusia kat dunia ni mahukan kehidupan yang bahagia.. tak der siapa sukekan hidupnya sentiase dibelenggu dengan Masalah.... So
Persoalannya disini kenape kita seringkali dibelenggu dengan Masalah2 seperti ni ek..??
Susah betulkan kalo hidup penuh dengan masalah ni.. hidup seharian kita pasti xtenang.. ade sahaja yang tak kene.. Kenapa ekk..? kenapa ni semua berlaku..?? emmm..
Tahukan anda bahawa semua tu Allah ada bagi tahu sebenarnya kat Al-quran, kenapa Allah
nak uji kita .??
"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang
yang dusta." (Al-Ankabut ayat 2-3)
Allah nak tengok sejauh mane keimanan kita ataupun ia hanya sekadar kata2 di bibir.... Setiap manusia Allah uji tau.. tanye lah sape2 orang kat dunia ni.. mereke semue mesti ada masalah.. xder sape yang terlepas dari Ujian didunia ni..
Allah itu lebih mengetahui segalanya.. Ingat ISLAM itu kan cara Hidup.. InsyaAllah kalo kita hidup dengan cara Islam setiap hari kita akan rasa Kebahagiaan Hidup didunia ni.. Islam agama yang lengkap.. dan dalam Al-quran itu sendiri Allah banyak menerangakan segala permasalahan dan penyelesai.. Hebat kan mukjizat Al-quran :D
Masalah yang selalu berlaku kat diri kita ni timbul atau senang cita Muncul bila mana sesuatu benda yang kita Inginkan, Idamkan, Mahukan, Nakkan, Sayangkan itu xdapat.. emmmm.. Sedih dan Kecewakan huhuu :'(
Dalam surah al-Baqarah ayat 216 Allah berkata:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
K Don't worry lah Semuanya Allah dah tentukan.. So tidak boleh tidak benda yang mesti kita terima kita kene redha dengan qada' dan qadar Allah.. mungkin Allah itu lebih tahu dan lebih mengetahui baik buruk sesuatu bende tu... kan Allah sayang kita so Allah xder lah nak bagi yang benda2 buruk untuk kita die mesti bagi yang terbaik untuk kita tol akk.. tengok sayangNya Allah kat kita :)
Dan dalam nak menghadapi Ujian kat dunia ini sudah pasti mesti ada yang sehariannya sentiasa, mood tak menentu, n rase mcm nak marah kat orang xtentu pasal pun ada emm.. mcm2 kan.. itu lah lumrah kehidup.. manusia tak terlepas dari masalah..:( Ingat JANGAN cepat berputus asa.. kerana berPutus asa itu bukan dari akhlak Islam.. percaya lah orang yang tabah dalam menghadapi Ujian ni.. Anda adalah orang2 yang Hebat dan orang yang Berjaya.. Dalam Alquran itu sendiri banyak menyebut tentang melarang atau dalam ayat dibawah mengunankan perkataan "JANGAN"... Jangan Berputus Asa, Jangan bersikap lemah, Jangan bersedih hati, dan LAIN2 lagi..
"dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf ayat 87)
"Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung"
(Al-Imran ayat 200)
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman."
(Al-Imran ayat 139)
" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(al-Baqarah ayat 286)
Allah itu lebih mengetahui segalanya.. dan Allah akan uji kita pun ikut kemampuan kita juga k.. mane ade Allah bagi yang kita xleh buat... insyaAllah kita Boleh :D dan Dalam dunia ni pun, kita sebagai manusia pun tak kan terlepas dari diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan... :
“Dan sesungguhnya akan kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa (pengikut) dan buah-buahan (biji-bijian). Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Yaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan ‘Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadanyalah kami akan kembali’. Meraka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk”. (Al Baqarah : 155-157)
InsyaAllah segala ujian yang anda hadapi itu Allah menjanjikan berbagai kebaikan untuk anda.. sesungguhnya anda adalah orang2 yang beruntung.. :)
Banyak2kan lah Bersabar... bersabar dengan setiap cobaan dan ujian yang kita hadapi tu... sentiasalah berdoa dan memohon kepada Allah supaya diberi kekuatan untuk terus kuat menghadapi setiap Ujian yang kita tempuhi itu..
"Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu',
(Surah Al-Baqarah ayat 45)
Ingat.!! JangaN sesekali memohon pertolongan selain dari Allah.. dan tidak kira apa sahaja perkara pun Allah itu yang selayaknya k..:)
"Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal" (Surah At-Taubah ayat 129)
Subhanallah lihat bertapa hebatnnya Allah dan mukjizat Al-Quran itu sendiri.. Semuanya Ada kat dalam Al-Quran.. segala penyelesaian, semua ada kat dalam tu, dan cerita lain pun ada juga :) cume kita je yang kurang mengkaji dan belajar tentang isi kandunganNya kan emmm.... JOm2.!! Apa kata Bile kita habis baca 1 2 page muke surat Al-quran tu, lepas tu kita bertadabur pulak ayatnya...apa macam.?? Jom lah cube.. :) hehee Ingat anda tak rugi pun.. bahkan anda lah orang2 yang beruntung tau.. yer lah mane taknya setiap kali habis tadabur Al-Quran pasti anda akan dapat sesuatu yang baru dari ayat Allah itu.. InsyaAllah anda sangat2 lah beruntung....dan akan same2 bertemu serta meniknati kebahagiaan yang kekal abadi di Syurga Allah nnti.. amin~ InsyaAllah same2 lah kita mendoakan untuk ahli keluarga kita, sahabat2 kita termasuklah Kawan Akrab kita huhuu :D
OK lah Rasanya cukup utuk perkongsian kali ni.. nnti jika saya ade Masa, Waktu n Time saya akan sharing2 lagi ok ;) Segala yang baik itu datang dari Allah yang lemah itu datang dari diri saya sendiri... akhir kalam Wabillahitaufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.. May Allah bless us ;)
OK lah Rasanya cukup utuk perkongsian kali ni.. nnti jika saya ade Masa, Waktu n Time saya akan sharing2 lagi ok ;) Segala yang baik itu datang dari Allah yang lemah itu datang dari diri saya sendiri... akhir kalam Wabillahitaufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.. May Allah bless us ;)
singgah sini ye afiq baca entri..:)
ReplyDeleteok thnkz..;)
Delete