Tuesday, October 4, 2011

Tinggal Solat


Sememangnya sudah diketahi umum bahawa solat itu adalah tiang agama – orang yang mengerjakannya dinisbahkan sebagai mendirikan agama , orang yang meningalkannya dinisbahkansebagai meruntuhkan agama.
Firman Allah s.w.t dalam surah al-muddaththir ayat 40-43 yang bermaksud: “(mereka ditempatkan) di dalam syurga (yang penuh nikmat) bertaya-tanya tentang (tempat tinggal) orang yang bersalah. (setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata), ‘Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) saqah?’ Orang-orang yang bersalah itu menjawab, ‘kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan solat.’”

SEKSAAN BAGI ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT
Orang yang meninggal kan solat akan diseksa dengan 15 seksaan; enam daripadanya akan diterima di dunia, tiga lagi daripadanya ketikanya dipenghujung, tiga daripadanya ketika berada didalam kubur dan tiga yang terakhirnya di hari kiamat.

Sunday, June 19, 2011

Kami bersamamu PALESTIN

Perkongsian semasa, moga ianya bermanfaat ;)
DAN Sesungguhnya Perjuangan kita skrg ni sebenarnya adalah bukan sekadar utk membebaskan Palestin sahaja tetapi adalah utk selamatkan Al Quds atau lebih dikenal dengan nama Jerusalem..
Kenapa pentingNya AL-QUDS..??

1.Tempat Bersejarah bagi Nabi-Nabi sebelum Rasulullah SAW

Di sanalah Nabi Isa AS memulai sejarah hidupnya sejak dalam kandungan. Begitu pula dengan banyak nabi sebelumnya seperti Nabi Ibrahim AS
(Adz Dzariyaat 51:24 sampai ayat 28).
Boleh semak kat Al-Quran ^_^ :-

[1] (Ali Imran 3:37)
Maka Tuhannya menerimanya (sebagai nazar) dengan penerimaan yang baik, dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan Allah menjadikan Zakariya pemeliharanya. Setiap Zakariya masuk untuk menemui Maryam di mihrab (Al Aqsa), ia dapati makanan di sisinya. Zakariya berkata: "Hai Maryam dari mana kamu memperoleh (makanan) ini?" Maryam menjawab: "Makanan itu dari sisi Allah." Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab
[2](Ali Imran 3:39) 
Kemudian Malaikat (Jibril) memanggil Zakariya, sedang ia tengah berdiri melakukan solat di mihrab(Al Aqsa) (katanya): "Sesungguhnya Allah menggembirakan kamu dengan kelahiran (seorang puteramu) Yahya, yang membenarkan kalimat (yang datang) dari Allah, menjadi ikutan, menahan diri (dari hawa nafsu) dan seorang Nabi termasuk keturunan orang-orang saleh."
[3](Al Israa 17:1)
Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

[4](Maryam 19:11)
Maka ia keluar dari mihrab(Al Aqsa) menuju kaumnya, lalu ia memberi isyarat kepada mereka; hendaklah kamu bertasbih di waktu pagi dan petang.

2.Tempat Bersejarah bagi Umat Islam

Al Aqsa adalah tempat bersejarah karena banyak nabi yang diturunkan di sana..

Masjid al-Aqsa dibangun oleh Nabi Adam AS 40 tahun setelah membangun Ka'bah di Mekah. Abu Dzar menyatakan: "Aku bertanya pada Rasulullah Allah tentang masjid pertama di Bumi, "Masjidil Haram (di Mekah)", Jawab Rasulullah SAW." Lalu apa? " Aku bertanya, "Masjid Al-Aqsa " jawab Rasulullah. " Dan berapa lama di antara mereka?" Aku bertanya, "Empat puluh tahun," jawab Nabi. Mesjid ini direnovasi untuk pertama kalinya oleh Nabi Yakub, dan kemudian untuk kedua kalinya oleh Nabi Daud AS. Bangunan ini diselesaikan oleh Nabi Sulaiman. Al Aqsa juga merupakan tempat yang dikaitkan dengan peristiwa Isra' Mi'raj sebagaimana disebutkan dalam Surat Al Israa' 17:1:
 "Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya ..."
Al Aqsa juga merupakan Qiblat pertama umat islam
  
3.Tempat Ibadah bagi Umat Islam

Nabi menetapkan pentingnya Al Aqsa sebagai tempat ibadah bagi kita umat islam..

Dalam sabda Rasulullah yang bermaksud: "Tidak sepatutnya (bersusah payah ) untuk keluar mengembara kecuali (mengunjungi) ketiga-tiga buah masjid iaitu: Masjid al-Haram, masjidku (Masjid al-Nabawi di Madinah ) dan Masjid al Aqsa." (Bukhari, Muslim dan Abu Dawud). 

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Melakukan sekali sembahyang di dalam masjidku (Masjid al- Nabawi di Madinah ) ini adalah lebih baik daripada 1,000 kali sembahyang dalam masjid yang lain melainkan Masjidil Haram. 
Dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdal daripada 100,000 sembahyang di masjid-masjid yang lain." (Ahmad). 

Begitu juga terdapat hadis tentang kelebihan Masjid al-Aqsa, iaitu: "Sesungguhnya kelebihan sembahyang di masjid Baitul Maqdis (Masjid al-Aqsa) itu lebih afdal dalam masjid lain kecuali Masjid al-Haram dan Masjid al-Nabawi di Madinah dengan 500 sembahyang (yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain)."   



Wednesday, June 15, 2011

Hanya Allah shj yg Thu =)




“Yang paling tahu hanya Allah, Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” 
“Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”

Tuesday, May 17, 2011

Selamat Hari GUru.!!

"Kegigihan dalam mendidik tidak akan kami lupakan"

^__^ Terima kasih kepada murabbi2 Ku yg telah byk berkorban dan mengajar ku erti kehidupn terutama bgi Mualim n Mualimmah di SRI/SMI Hira' dan tidak lupa juga kepada guru2 di sekolah Teknik Klang.. =)

Lilin Seorang Guru


Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku 
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini


"Semoge tabah mndidik anak bangsa dan brjaya melahirkan insan yg cemerlang didunia dan akhirat.." iNsyallah amin~

Thursday, May 12, 2011

Adab serta kelebihan menyambut tetamu :D

Menyambut dan memuliakan tetamu adalah kemuliaan yang dituntut Islam. Ini dianggap satu daripada tanda keimanan seseorang.

Sabda Nabi bermaksud: Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. (Sebahagian daripada hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah)

Adab menyambut tetamu ialah:
1. Menjawab salam dengan cara lebih baik atau sekurang-kurangnya sama dengan ucapan yang diterima.
Contohnya, jika tetamu berkata Assalamualaikum, jawab dengan Waalaikumusalam Wa Rahmatullah.

2. Persilakan tetamu masuk dengan kata-kata yang baik dan muka manis sambil berjabat tangannya.
Daripada Al-Barra bahawa Rasulullah bersabda maksudnya: Apabila bertemu dua Muslim dan berjabat tangan, diampunkan dosa kedua-duanya sebelum mereka berpisah. (Hadis riwayat Abu Daud)
Bagaimanapun, berjabat tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram dilarang.
 


3. Jika tetamu datang dari jauh harus dipeluk dan dicium.
Saidatina Aisyah berkata: Ketika Zaid Harithah tiba di Madinah, Rasulullah berada di rumahnya. Beliau datang ke rumah dan mengetuk pintu. Baginda bangkit lantas memeluk dan menciumnya. (Hadis riwayat at-Tirmizi) 


4. Segera hidangkan makanan dan minuman paling baik sekadar termampu. 

Kalau boleh pada hari pertama, tetamu dijamu hidangan lebih istimewa daripada kebiasaan.
Allah menceritakan bagaimana Nabi Ibrahim menyambut tetamu dalam firman-Nya bermaksud: Dan sesungguhnya telah datang malaikat utusan Kami kepada Nabi Ibrahim dengan membawa berita yang menggembirakan. Mereka memberi salam dengan berkata: Salam sejahtera kepadamu (wahai Ibrahim). Nabi Ibrahim menjawab: Salam sejahtera kepada kamu. Maka tidak berapa lama selepas itu, dia membawa jamuan untuk mereka; seekor anak lembu yang dipanggang. (Surah Hud, ayat 69)
 


5. Menunaikan hak tetamu dengan sebaik-baiknya iaitu menyediakan makanan dan minumannya selama tiga hari tiga malam.
Jika tetamu menginap lebih lama, anggaplah apa yang disediakan selepas itu sebagai sedekah yang diberi ganjaran pahala berlipat ganda. Sekiranya kesempitan, berbincang dengan mereka secara bijaksana.

Tuesday, May 10, 2011

PerSaudaraan

“Sesungguhnya orang-orang mu’min itu bersaudara kerena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah SWT supaya kamu mendapat rahmat.”

(Al-Hujurat : 10)


Semua muslim adalah bersaudara. Karena itu, jika bertengkar mereka harus bersatu kembali dan bersaudara seperti biasanya. Hal ini diperkuat oleh larangan Rasulullah SAW terhadap permusuhan antara muslim.
 Abu Ayyub Al-Anshary meriwayatkan bahwa Rasulullah saw bersabda, “Tidak seorg muslim memutuskan silaturrahmi dgn saudara muslimnya lebih dari tiga mlm yg masing-masingnya saling membuang muka bila berjumpa. Yang terbaik diantara mereka adalah yang memulai mengucapkan salam kepada yang lain.”  (H.R. Bukhari dan Muslim).

Walaupun dengan kerabat non muslim. Dasar kebajkan kepada orang tua dan keluarga dapat ditemukan dalam Al-Qur’an sendiri. Firman Allah SWT : “Dan kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada kedua ibu bapaknya.” (QS. Al-Ankabut :)
Mengutamakan persaudraan Islam lebih dari yang lain sama sekali tidak mempengaruhi ikatan darah, biarpun dengan kerabat non-Muslim.

Nabi SAW menekankan pentingnya membangun persaudaraan Islam dalam batasan-batasan praktis dalam bentuk saling peduli dan tolong menolong. Sebagai contoh, Beliau bersabda,
“Allah SWT menolong hamba-Nya selama hamba itu menolong saudaranya” (H.R. Muslim).
Kemanapun org-org Arab muslim pergi ke Afrika, India, atau daerah-daerah terpencil Asia, mereka akan disambut oleh org-org yg telah memeluk Islam tanpa melihat warna kulit, atau agama lamanya. Tidak ada tempat dalam Islam bagi pemisahan kelas maupun kasta.Tata cara melaksanakan solat tidak ada tempat istimewa, dan semua harus berdiri bahu membahu dalam baris-baris lurus. Demikian pula dalam pemilihan imam (pemimpin Solat) tidak didasarkan status sosialnya dalam masyarakat, namun atas kemampuannya dalam menghafal al-Qur’an,
Keaslian prinsip persaudaraan yang meliputi segala ritual keagamaan dan hukum-hukum  dalam  Islam telah dan terus menjadi faktor dan KUNCI dalam menarik manusia di seluruh dunia untuk masuk Islam.. =)
“Allah SWT menolong hamba-Nya selama hamba itu menolong saudaranya” (H.R. Muslim)

Sunday, April 10, 2011

SYurGa.. :)

Nama2 SYurGa  :-
1. Firdaus
2. Syurga ‘Aden
3. Syurga Na’iim
4. Syurga Ma’wa
5. Syurga Darussalaam
6. Daarul Muaqaamah
7. Al-Muqqamul Amin
8. Syurga Khuldi

Ada beberapa nama surga yang disebutkan dalam AlQuran, antara lain firdaus, Aden, Na’iim, ma’wa, dan darussalaam. Masing-masing memiliki kriteria penghuninya. Sebagaimana yang diterangkan di dalam AlQuran. Berikut adalah ciri-ciri orang akan memasuki surga firdaus :
  • Beriman
  • Khusu’ dalam sholat
  • Menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang tiada berguna
  • Menunaikan zakat
  • Menjaga kemaluan dari maksiat
  • Memelihara amanah
  • Menepati janji
  • Menjaga sholat
Rasulullah pernah bersabda kepada para sahabatnya, kalo kamu meminta surga maka mintalah surga firdaus. Surga firdaus adalah surga tertinggi yang ada di akhirat. Artinya untuk urusan akhirat kita jadikan cita-cita kita setinggi-tingginya. Buat perencanaan yang matang dan action bagaimana supaya kita dapat mencapai cita-cita tersebut.
Nasihat nabi: untuk urusan dunia lihatlah orang yang lebih rendah dari kamu supaya kamu mudah untuk mensukuri nikmat Allah, namun untuk urusan akhirat lihatlah para Nabi supaya kamu jangan cepat puas dengan amal dan pengorbanan yang telah kamu lakukan..

Sunday, April 3, 2011

-Wanita Solehah-

 Wanita merupakan salah satu kelompok dari makhluk Allah SWT yang paling banyak mendapat sorotan dan perhatian. Karena itu, banyak sekali buku yang telah ditulis oleh para ulama tentang wanita, bahkan di dalam Alquran ada satu surat yang dinamai dengan An-Nisa yang artinya wanita..
Sebuah hadis Nabi menyatakan:
Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." 
(Hadis Riwayat Ahmad) 




Saturday, March 12, 2011

Doa kU.. HppY BufDay to Me..^_^



Segala puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Selawat dan Salam Untuk Nabi Muhammad saw, Ahli Keluarganya dan Sahabat-sahabatnya...~

Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap cobaan yang Engkau turunan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…. Tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap-Mu..

Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa. Aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih-Mu….Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merunggut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit..

Ampunkan aku ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapan-Mu, kepada siapa lagi harus aku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini ya Allah… namun aku hanya hamba-Mu yang dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpah kasih sayang-Mu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Ya Muhaimin…Pimpinanlah tangan hamba-Mu ini.. pimpinanlah hati hamba-Mu ini akan sentiasa berpijak ke atas jalan kebenaran.

Ya Al Quddus… sebagai hamba-Mu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti Titian Silatulmustakim-Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela.
Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku… Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!.. peliharalah aku yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali-Mu…

Terimalah pemohonan hamba-Mu yang sedang bermusafir di bumi-Mu ini Ya Al Mudzill.
Amin Ya Rabbil-Alamin....~

Monday, February 28, 2011

Mata..

"Sesungguhnya telah Kami sediakan untuk penghuni neraka itu banyak jin dan manusia. Mereka mempunyai hati tetapi mereka tidak mempergunakannya untuk memahami ayat-ayat Allah, mempunyai mata tetapi tidak dipergunakannya untuk melihat, menghayati tanda-tanda kekuasaan Allah, dan mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengar ayat Allah. mereka tidak ubahnya seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka orang-orang yang alpa.." 
(Al-A'raf:179)

Friday, February 25, 2011

(^-^)Malu..


Allah mencintai sifat malu,
“Sesungguhnya Allah adalah Maha Pemalu dan Maha Menutupi. Dia mencintai rasa malu dan ketertutupan.”

Malu kepada Allah adalah jalan untuk menegakkan segala bentuk Ketaatan dan menjauhi segala bentuk kemaksiatan. Karena jika seorang hamba takut di cela Allah, tentunya ia tidak akan menolak ketaatan dan tidak pula mendekati kemaksiatan. Oleh karena itulah malu merupakan sebagian dari iman.

Wednesday, February 23, 2011

Dihati



"Mereka ialah orang-orang yang beriman, yang hatinya menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatilah, hanya dengan mengingat Allahlah hati orang mukmin menjadi tenteram.." (Ar-Ra'du:28)
Sebaliknya keadaan hati orang kafir digambarkan sebagai berikut:
"Sebab Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka, sedangkan pada penglihatannya ada pula tutupan. Untuk mereka disediakan siksaan yang amat berat.." (Al-Baqarah:7)

Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat islam...♥

"Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga.."

Saturday, February 5, 2011

Free Palestine~

Permulaan kpd Kejayaan..


Dalam mnghadapi liku2 kehidupan ini.. manusia x terlepas dari menerima ujian2 dari Allah yang mana setiap ujian2 tersebut adalah kehendak Allah untuk menguji kita sejauh mane tahap kesabaran dan penerimaan ujian tersebut dengan redha... Bersabarlah dalam menghadapi setiap kegagalan kerana "Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.."  (^^,)

Friday, February 4, 2011

CinTa yg Abadi~

"Cintakan Allah adalah cinta sebenarNya
itulah cinta yang sejati 
kerna cinta yang hakiki
hanya untuk tuhan yang esa.."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...