Salam Ramadhan Al-Mubarak.!
Alhamdulillah kita masih lagi diberi kesempatan untuk bertemu dengan bulan yang sungguh mulia ini iaitu Ramadhan bagi tahun 2015 bersamaan dgn 1436 Hijrah. Tragedi yang menimpa diriku baru-baru ini sangat memberi kesan pada ku untuk terus memperbanyakkan bersyukur kepada Allah kerana aku masih lagi diberi peluang untuk Hidup dan masih berpeluang untuk menambah lagi segala amalan dan membuang segala dosa-dosa
yang telah kita lakukan. Bagi diriku kejadian itu sebenarnya membuatkan aku seringkali terfikir dan terus berfikir :| jika pada masa kejadian itu aku tergelincir ke tiang Elektrik yang besar tu pasti aku tidak lagi berada disini dan Alhamdulillah aku hanya tergelincir dan melanggar sebuah kedai makan. Dan sesungguhnya mati itu adalah pasti cuma waktu sahaja kita tidak ketahui. “Setiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati, dan Kami menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai satu fitnah (ujian), dan hanya kepada Kami lah kamu akan dikembalikan.” (Al-Anbiya`: 35)
“Di mana saja kamu berada, kematian pasti akan mendapati kamu, walaupun kamu berada di dalam benteng yang tinggi lagi
kukuh.” (An-Nisa`: 78)
Bagi aku Ramadahan kali ini adalah sangat2 mencabar dari sebelum ini sebab tahun lalu aku berpuasa dirumah dan waktu itu aku masih berkerja sebelum menyambung pengajian. Pada Tahun ini Ramadhan ketika aku dalam waktu belajar. Ramadhan waktu belajar ni lah kene straggle sikit kene pandai susun masa untuk buat assignment dengan buat ibadat.
Apa yg saya harapkan Ramadhan kali ini saya mampu capai target saya. Jika sebelum ini tidak mencapai ada yang kita harapkan kita usaha lebih lagi untuk kali ini. Sebab dalam bulan
Ramdahan ini lah masa untuk kita nak cas balik battery iman kita yang makin lemah ni. Mungkin daripada Ramadhan ni kita boleh amalkan ibadat yg kita buat selama sebulan dibulan Ramadhan dan istiqamah dengan kebaikkan yang kita buat contoh mudah. Masa Ramadhan kita banyak melakukan solat secara berjemaaah, buat solat2 sunat, solat baca alquran 1 juzuk dan sebagainya so mungkin kita boleh teruskan dibulan yang lain pulak. :)
Dan akhir kalam, Semoga kita sama2 terus istiqamah dengan amal ibadat yang kita lakukan untuk bulan ini dan seterusnya. inshaAllah. Assalamualaikum