.

Thursday, June 11, 2015

Cara Warna Floor Plan





































Assalamualaikum dan salam sejahtera pada anda semua yg sudi datang ke blog saya dan
untuk kali ini saya ingin berkongsi satu cara mudah untuk mewarna lantai Bangunan dangan mengunakan Photoshop dan hanya dengan beberapa langkah anda akan dapat satu lantai bangunan yang berwarna selamat mencuba.


Langkah-langkah Mewarna Lantai Bangunan

LANGKAH 1
1. Peringkat pertama dan terawal iaitu menukar format AutoCad Drawing (.dwg) dahulu kepada format EPS File (.eps.) didalam perisian AutoCad 






LANGKAH 2
2. Buka perisian Photoshop serta pergi pada toolbar atas pada belah kiri dan pergi pada file

File > Open As Smart > File tugasan > Open


  Pastikan Resolution berada pada tahap 200 pixels/cm dan Mode pada RGB color selain kedua-dua kotak kecil dibawah bertanda.


    LANGKAH 3
  3. Hanya mempunya line drawing dan background kosong. Background tersebut perlu dibetulkan atau diubah

Layers > Right Click > Flatten Image
     Tukar background yang kosong kepada  putih 

   LANGKAH 4  
    4.Membawa masuk contoh lukisan lantai yang lain terdahulu yang telah siap untuk dijadikan  rujukan      





  LANGKAH 5 
  5. Bagi memulakan kerja mewarna pada lukisan, layers baru perlu dibuat.
Bahagian pertama yang perlu diwarnakan adalah pada bahagian keratan dinding bangunan dengan mengunakan Paint Bucket yang berwana hitam










LANGKAH 6   6.Membuat layers dan warna pada bahagian yang seterusnya serta meletakkan nama pada layer dan bahagian warna baru tersebut
Mewarna pada bahagian bumbung porch    











LANGKAH 7
 7. Pada bahagian perabot pula adalah berbeza kerana ia perlu diwarna dengan teliti. Meletakkan warna putih pada perabot-perabot tersebut mengunakan Paint Bucket bagi memastikan perabot itu berjaya dibuat shadow pada langkah yang seterusnya. 











LANGKAH 8
8. Cara meletakkan shadow pada perabot dengan klik pada layer perabot di layers dan right click layer tersebut serta cari Blending options


      Right click pada Layer perabot > Blending options > Drop shadow


















LANGKAH 9
9.Adalah cara cara bagaimana untuk menjadikan bahagian lantai yang telah berwarna tersebut nampak lebih cantik dan sesuai dengan meletakkan texture  
   

   Meletakkan Texture mengikut lantai yang digunakan.


















LANGKAH 10
10. Mengubah warna pada Porch Roof dalam rajah dengan memasukkan Add Noise supaya warna tersebut dapat menyerupai seperti bahan sebenar

 .

   Perbezaan Pocrch Roof yang  belum di masukkan Add Noise dan telah di Add Noise







LANGKAH 11
11. Menyiapkan kerja mewarna pada bahagian-bahagian lain dan pastikan warna yang diletakkan pada bangunan tersebut mengikut warna dan jenis lantai yang telah ditetapkan


    Bahagian luar kawasan bangunan pada first floor plan tidak perlu diwarnakan









LANGKAH TERAKHIR
  12. Menyimpan kerja tersebut mengikut format tertentu dan kebiasaanya tugasan akan disimpan pada format PSD File (.psd) ataupun JPEG Image (.jpg) ataupun disimpan kedua-duanya format sekali.











    Quality pada tahap 8 High serta format options hanya tanda pada Progressive.
    OK  selesai

Perbezaan sebelum dan selepas.

SEMOGA BERJAYA ;)


Usaha

Firman Allah yang bermaksud:-
"Allah tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya" 
(Al- Baqarah:286)    

Menghadapi sesuatu cabaran itu bukan lah semudah yang kita sangka dan adakalanya apa yang kita berharap akan berlaku tidak semestinya ia akan benar-benar berlaku. dan pastinya jika ianya berlaku dengan sebaliknya dengan apa yang kita harapkan pasti kita akan kecewa dan berputus asa. Bagi seorang muslim yang beriman, sifat berputus asa itu bukan lah satu jalan yang terbaik dan jalan segala penyelesaian. akan tetapi kita harus menghadapinya dan kita mencari jalan penyelesaiannya dengan berfikiran Positif, istiqamah dan bersemangat.

Kita sebenarnya boleh banyak berlajar daripada orang di sekeliling kita yang mana mereka ini begitu tabah menghadapi hidupnya dan mereka ini tidak mudah berputus asa. benda yang kita perlu selalu ingat adalah, sesukar manapun cabaran yg kita hadapi dan alami itu, cube kita lihat nasib orang lain disekeliling kita yang lebih susah dan sukar mencabar kehidupannya berbanding dengan kita. dan mereka masih lagi boleh tersenyum dan redha menempuh setiap dugaan dan cabaran tanpa perlu mengeluh dan berfikiran negatif kepada Allah. Bukan menjadi alasan untuk kita terus putus asa lagi kerana kita sebenarnya boleh menempuhi setiap dugaan dan cabaran itu sebelum kita mengusaha dengan terbaik.

Wednesday, May 14, 2014

Utara

Assalamualaikum.. 
Hello, Hai bertemu kembali. rasanya sudah lama saya tidak update blog ni setahun juga lah rasanya.. feeling rindu pastinya ada setelah sekian lama menghilangkan diri huhuu bukan menghilangkan diri tapi melayan assignment yang bertimbun2 dan tidak henti2, sampai nak luangkan masa untuk buka blog pun tak sempat, pergh dasyat betul kan hehee..:D

Alhamdulillah setelah selesai 3 tahun study Diploma in Architecture baru lah ada masa untuk buka dan update blog ni dan sejujurnya saya ini bukan lah seorang penulis yang hebat dan bukan juga seorang blogger yang tegar tetapi saya ini hanya insan dan hamba yang ingin berkongsi gambar dan pengalaman yang sempat saya rakamkan untuk dikongsikan bersama, Mohon kemaafan jika terdapat kekurangan dan kelemahan sepanjang perkongian saya kali ini :)  Dan dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Datang dan  Semoga anda semua sentiasa dalam keadaan sihat, Bahagia, Ceria, serta Gembira, supaya hari-hari kita sentiasa Osem dan bersemangat..!!! ok.!!

Mari kita tadabbur sedikit Surah ar-rum ayat 22.
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi,dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan- keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuaan" (Ar Rum:22)

Secara ringkasnya point yang saya nak highlight kan dari ayat 22 dari surah ar-rum ini ialah Allah swt telah membuktikan kehebatan ciptaanya dengan kewujudan serta keindahan langit dan bumi yang tiada tandingannya yang tiada siapa mampu mencipta langit dan bumi sehebat Allah swt. Di dalam Al-Quran juga, Allah swt telah banyak bersumpah ke atas langit dan bumi kerana penciptaanNya yang sangat hebat. subhanallah.. lihat saja disekeliling kita bermacam-macam Allah ciptakan dan berikan kepada kita supaya kita berfikir dan menghayati sedalam-dalamnya setiap ciptaNya :)   
Surah Ar-rum dari ayat 17 hingga 32  ini pernah dibincangkan dalam bulatan gembira dan nak dijadikan cerita pada masa itu kami terpaksa jalankan diluar surau kerana pada masa itu Surau dan semua kawasan sekitar surau mengalami blackout dan hanya kelihatan lampu-lampu jalan yang tak berapa nak terang, Dan itu lah kali pertama kami adakan usrah dalam suasana kegelapan dan yang hanya kelihatan ketika itu hanya cahaya-cahaya screen smartphone yang kami gunakan.. bak kata naqib ku yang baru sahaja mendirikan baitulmuslim.. "ini baru suasana romentik"  bila lagi kan nak rasa pengalaman macam ni huhuuu.. katanya.. :D Pastinya itu lah pengalaman yang takkan kami dilupakan, Banyak juga yang kami bincangkan masa itu terutama sekali berkenaan dengan  ayat 17 hingga 32 surah ar-rum ini terutama sekali berkenaan dengan alam berkenaan dengan ciptaan Allah tentang syurga dan macam-macam lagi :)  
         
Ok lah kita sambung balik pada tajuk asal kita untuk kali ni iaitu " Utara" bukan udara yer tapi Utara hehee.. kenapa letak tajuk Utara.? sebabnya lepas ni apa yang akan saya ceritakan semuanya berkenaan dengan cerita jalan-jalan dan destinasi yang menarik pernah saya pergi di utara iaitu Kedah, Perlis dan juga di Pulau Pinang.. 
  
.. haa ni cheq nak habaq sat kat hampa semua.., hampa yang tak pernah mai kedah lagi tu.., hampa kena mai sbb cheq nak habaq kat hampa semua kat kedah ni macam-macam hampa boleh makan.., kat kedah ni nak makan tak yah risau sebab dia tak mahai mcm kat KeyeL bukan saja x mahai tapi sedap baq hang.. hampa makan lah puas-puas.. hehee tapi INGAT pastikan yang HALAL ok :D

Jap Jap sorry bukan cerita bab makanan yang cheq nak cita.. hehee sbb klo nak cite bab pasai makan ni memag tak kan habis.., lagi pun cheq memang xsmpat nak ambik-ambik gambaq menu makann yang hebat2 kat kedah ni.. belum smpat nak bergambar makan tu dah hbis dulu dah hahaha.. 

JOm! kita mulakan Destinasi kita..
Kita start dari negeri Perlis Indera Kayangan dan destinasi yang kita akan pergi ini adalah ke rumah tradisional Perlis di kangar dan jarak antara jitra ke kangar tidak begitu jauh dan hanya memakan masa 45 minit sahaja. dan kowg kalo nak ke sana kene hati-hati bile lalu kat highway Changlun-Kuala Perlis sebab jalan kat situ banyak speed trap. cheq dah kene dah haritu, terbawa lebih 90 huhuu alah terlebih sikit je pun 112 mcm tu bukannya bawa 180 pun.. apa lah encik polis ni itu pun nak saman huhuu.., so nasihat saya selepas ini pandu lah dengan berhemah jangan bawa kereta laju2 ok bahaya, yang moto pun sama juga jangan bawa laju-laju ok.. ingat patuni had laju dan jaga jarak anda jangan bawa lebih dari yang telah ditetapkan ok. kalo tak alamat terkene lah kowg hahaa..
     
Gambar yang kat bawah ini ialah ruang dalaman rumah Dato' Wan Ahmad, dan ini lah rumah yang cheq habaq tadi tu Rumah tradisional perlis, rumah ini sudah berusia hampir 90 tahun dan Binaan yang masih kekal dari dulu hingga sekarang hanya tinggal bahagian depan itu saja iaitu bahagian dewan rumah dan selebihnya telah diubah suai.
Tujuan kami ke sini bukan lah untuk saja-saja nak jalan-jalan tapi adalah untuk menyiapkan tugasan projek pertama kami bagi subjek Measured Drawing dan dalam projek ini kami perlu menyediakan pelan lantai bagi rumah kayu ini dan seterusnya menyiapkan 3D animasi untuk keseluruhan kawasan rumah Dato' Wan Ahmad.. jika anda nak tengok hasil kerja kami leh klik trus kat sebelah ni >> Rumah Tradisional Melayu Perlis
Pergh! bukan senang nak buat keje ni nak ukur setiap bahagian tu memang sakit lah sebab tak semua bahagian dalam rumah ini sama. Dan setiap tingkap dan pintu dalam rumah ini adalah berbeza serta setiap satunya terdapat maksud-maksud tertentu. 

Berkenaan dengan tugasan yang kami buat ini, Rumah tradisional ini adalah pilihan daripada lecture kami sendiri selepas semua rumah lama tradisional yang kami cadangkan telah ditolak. kebayakan yang kami cadangkan tu semuanya dekat area-area bandar Alor Setar, sebab ingat nak buat kat tempat yang dekat-dekat je dengan rumah kami last2 ambik kau lecture tak berkenan semua rumah yang kami cari tu sebab tidak memenuhi kritiria yang dikehendaki.. dan tanpa ada pilihan lain serta masa semakin suntuk untuk menyiapkan projek ni lecture telah bagi kami rumah kat perlis tu hohoo. 

Walaupun pada awalnya kami memang menolak kerana rumah ini terlalu unik dan gempak hahaa tapi kami akur dengan keputusan itu dan kami sahut cabaran yang telah diberi.. :(
Tapi sebenarnya lecture yang bagi kami rumah tu pun ada sebabnya tau..(ayat poyo) sebabnya lecture tu percayaan pada team kami saja yang mampu buat yang terbaik untuk Rumah Dato' Wan Ahmad ini sebab kalo nak harap team lain rasanya mereka tak mampu buat macam ape yang kami buat cehhhhhh hahaa :D.

Dengan semangat tinggi yang ada pada kami. kami jadikan ia sebagai satu cabaran untuk kami belajar sesuatu yang baru dari Rumah Tradisional ini dan kami ambil kesempatan ini dengan sebaiknya Dan Alhamdulillah ia dapat disiapkan dengan Jayanya.. Terima kasih semua :)  


LOCATION :
JALAN DATO' WAN AHMAD, KANGAR, PERLIS INDERA KAYANGAN

Seterusnya Gambar yang belah kiri ni pula. Gambar ni masa tengah duduk kat tepi jalan kuala perlis berdekat dengan Terminal Feri kuala perlis.. biasanya budak2 kelas kami memang suka pergi sini bila dah habis sem or siap projek besar, tak tahu lah kenapa.. tengok laut katanya sambil-sambil mendengar deruman air pantai yang mendamaikan. Kami kalo pergi pun selalu time tengah2 malam mcm tu xpernah lagi pergi waktu siang.. Biasa akan bertolak dari jitra pukul 12 dan sampai dlm pukul 1 mcm tu.. kat sini cantik gak malam-malam tapi kalo siang tak tahu mcm mane sebab xpernah lagi pergi waktu siang.. tapi secara jujurnya sebenarnye tak ada apa2 pun yang best kat tempat ni.. orang memancing mungkin lah kot suke tempat2 mcm ni.      
LOCATION :
JALAN KUALA PERLIS, KUALA PERLIS, PERLIS INDERA KAYANGAN


Seterusnya kita pergi ke Pulau Pinang pulau mutiara..
Alhamdulilllah pada Semester terakhir yang lalu saya berkesempatan untuk bercuti dua hari satu malam bersama keluarga di Pulau Pinang dan juga pada minggu yang berikutnya pula membuat lawatan tapak bersama pensyarah dan rakan- rakan kelas DSB6a bagi mnjalankan kajian tapak untuk projek akhir Design4 di Batu Ferringhi. so maknanya pada masa itu saya dapat pergi dua kali berturut2 ke Pulau Pinang.
Antara tempat-tempat yang sempat saya lawati ketika bersama keluarga adalah seperti Penang Hill di Bukit Bendera, Batu Ferringhi, Georgetown, dan masa pulang menaiki Feri. Anda yang nak datang Pulau Pinang tu kalo tak pernah naik feri bermakna anda sebenarnya tidak datang ke pulau Pinang hahaa (sukahati je) just nak kowg rasa pengalaman naik feri je kalo tak rugi lah kowg pergi Pulau Pinang tapi tak pernah naik Feri. Gambar yang atas tu masa kat atas feri.


Sebenarnye banyak lagi tempat2 yang menarik kat Pulau Pinang ni tapi masa dan waktu tidak mengizinkan pada masa itu  :( sebab ayah tiba-tiba ada urusan kerja yang tidak dapat dielakkan so hanya pergi beberapa tempat sahaja hmmm. mungkin selepas ni anda pula yang bawak saya jalan-jalan kat Pulau Pinang ni pusing2 satu pulau huhuu.. kos semua anda yang sponsor ok hehee. :D



LOCATION :
BUKIT BENDERA, PULAU PINANG PULAU MUTIARA

Gambar yang sebelah ini pula adalah tempat dimana kami menjalankan kajian tapak bagi projek terakhir kami yang bertajuk Center of Knowledge di Batu Fringgi.
Kami berkesampatan pusing satu Batu Fringgi bagi melihat sendiri keadan sekeliling dan juga aktiviti di sekitar kawasan tapak. Antara tempat yang menjadi tumpuan para pelancong di Batu Feringgi ini adalah di sekitar Hard Rock Hotel dimana ramai pelacong dari luar dan dalam negara yang datang ke Pulang Pinang menginap dihotel terkemuka ini.




LOCATION :
BATU FERINGGI, 11100 PENANG, PULAU PINANG PULAU MUTIAR

Gambar sebelah ini pula adalah semasa kami berjalan-jalan pusing di kawasan sekitar batu feringgi.  
Dan selepas selesai semua tugasan di batu feringgi perut pun mula rasa lapar dan kami decide nak makan kat tempat yang special kat penang dan mereka memilih untuk makan di Nasi Kandar yang popular dekat penang ni iaitu Restoran Line Clear. Kat situ kalo time nak ambk nasi memang beratur panjang sikit sebabnya kat sini orang memang sentiasa akan ramai lagi-lagi waktu makan tengah hari, kalo dah lapar and sedap memang kalo panjang mana pun orang sanggup beratur tunggu, tapi tak apa janji makan kita puas. Gambar hitam putih kat bawah ni pula adalah jalan Penang dan restoran Nasi Kandar Line Clear ni berada di kawasan sini lah kalo nak tahu lebih detail boleh search kat Google map n cari Restoran line clear msti jumpa ;)    

LOCATION :
JALAN PENANG, 10000 GEORGETOWN, PULAU PINANG PULAU MUTIARA

Kita kembali ke Kedah darul aman. 
Selepas lama menetap di kedah ni *cehhh  lebih kurang tiga tahun, banyak juga tempat-tempat yang sempat saya lawati kalo kowg sebut saja Alor setar nak pergi mane ceq leh tolong bawakan hehee. 

Tapi yang sedihnya sepanjang saya berada di Kedah ini, tempat yang saya dah rancang masa awal-awal dulu masih lagi tidak kesampaian huhuu. saya memang nak sangat pergi Pulau Langkawi tapi apakan daya keadaan tidak mengizinkan hmmm.. memang sedih gile xdapat pergi langkawi, awal-awal dulu memang dah rancang habis nak ke sana sebelum pulang ke Selangor sebab dah dekat sangat dah, tapi tak ada rezeki. tak apa lah mungkin ada hikmahnya yang kita tak nampak. Mungkin selepas ni pergi dengan yang tersayang ke kan baru lah sweet gitu (dengan family lah). huhuu.

Gambar kat sebelah ni kowg mesti tahu apa dia kan. kalo tak tahu memang pelik lah hehe. ini lah menara Alor Setar dan gambar ni sebelum nak naik atas dan ini view dari bawah. Time waktu malam kalo kita nak naik atas menara ini murah je RM6 bgi dewasa RM3 bagi kanak2. tapi saya suggest kowg pergi pada malam lah baru best sebab nampak lagi cantik. 
Gambar yang kat bawah ni pulak pemandangan waktu malam bandar Alor Setar dari atas menara, cantikkan :) 


LOCATION :
BANDAR ALOR SETAR, 08000 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN

Gambar yang sebelah ni pula adalah dataran Tanjung Chali dan di dataran ini terdapat satu menara tinjau yang berketinggian antara 6 atau 7 tingkat macam tu dan ia merupakan menara tinjau kedua di Alor Setar selepas Menara Alor Setar. Tapi yang tak bestnye tak boleh naik macam naik kat menara Alor Setar sebab berkunci kat bawah tu hmm. tak dapat ambk gambar dari atas.. ambik dari bawah je ..


Dan difahamkan dari atas menara ini kita boleh nampak keseluruhan pekan cina ni dan juga sekitar bandar Alor Setar. Menara ini juga betul2 berada di persisir sungai kedah. 
LOCATION :
JALAN PEKAN CHINA, TAMAN PESISIRAN TANJUNG CHALI, 05000 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN

Ok sampai disini sahaja perjalan utara kita untuk kali ini nanti kalo ada lagi saya akan ceritakan kemudian dan yang seterusnya ini pulak saya nak cerita sekit detik2 terakhir saya menghadapi semester akhir sem6.   

Dalam semester yang terakhir ini terlalu banyak yang saya lalui dan berbagai-bagai kenangan dan sejarah telah tercipta antara sejarah yang tercipta adalah tidak tidur selama 3 hari berturut-turut hahaaa nampak macam bukan sejarah tapi ia sangat bersejarah, bagi saya lah hahaaaa.. :D  tak pernah-pernah saya tak tidur selama macam tu taw, kalo bab makan time tu tak yah cita lah sebab makan pun roti je, memang pulun habis sem last haritu. lepas selesai semua baru boleh tidur dengan lenanya...

Gambar sebelah kiri ini masa kami masuk pertandigan iCompex14' dan gambar tu masa tengah present depan arkitek, katanya datang dari penang tak silap, Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik hehee..  
iCompex peringkat kebangsaan kali ini adalah yang ke-2 saya sertai, dan penyertaan saya untuk kali ke-2 ini tidak sia-sia sebab dapat Alhamdulillah dapat medal pulak plus pengalaman hehee.. ok lah dari tahun lepas tak dapat apa-apa dan hanya dapat pengalaman huhuu.. yang penting pengalaman tu.. yer tak.. sebab tak semua orang dapat peluang macam kita ni so kalo dah dapat ruang dan peluang yang orang bagi kat kita, kita buat lah yang sebaik mungkin ok, menang kalah itu cerita no.2 yang pertama ambil pengalaman dulu dari situ kita akan tahu sejauh mana tahap kita dan memperbetulkannya untuk masa yang akan datang.. :D

Yang gambar sebelah ni saya just tumpang gembira je sebab member menang keseluruhan untuk kelas 1,dan dia ni dapat Gold medal pastu dapat wang tunai lagi RM400 pergh.! Rezeki dia lah time tu, dia pun ada cakap yang dia memang perlukan duit sangat masa tu, apa-apa pun TAHNIAH.! lah yer... dia memang layak menang sebab dia ni seorang yang berkerja keras dan sangat-sangat rajin :D  


Sebelah ini pula Presentation yang paling di nanti-nantikan hahaa. (nantikan lah sangat) :P lepas habis je iCompex14' Terus prepare untuk Board Portfolio pergh.! memang tak tidur lagi lah..
Masa buat Board iCompex14' tak tidur pastu campur plus plus Board Portfolio tak tido lagi hohoo :/ memang parah time tu, tapi yang paling untung budak-budak kelas yang tak terpilih masuk iCompex14' lah, sebab mereka ade masa lebih, time kami buat board untuk Board iCompex14' mereka dah buat dulu dah awal-awal Board Portfolio. 
Kalo Board iCompex14' and Board Portfolio sama tak apa lah juga.. ni tak, yg pertandingan punya board lain yang final punya lain... so double panda lah jadinya hahaaa O_0 sabar je lah..


Yang  bezanya Board iCompex14' dan Board Portfolio ni dia padat sikit sebab dia tak payah guna scale2 sangat kalo pakai scale pun tak ada lah besar sangat pastu dia nak hanya 4 Board sahaja yang bersaiz A2, tapi yang untuk Board Final ni board dia banyak sikit sebab lecturer nak scale kecik dan bagi bangunan tu nampak besar so kira2 hitung2 semua terpaksa lah buat 9 boad pada awalnya lah, bukan saiz A2 ok... tpi saiz A1 besar baq hang nak g print memang sakit skit lah sehelai A1 pun paling kurang Rm10, kira lah berapa klo dah 9 board/helai hohoo.. kalo anda berminat nak tengok board Ini leh ar kowg pergi kat link sebelah ni >> Center Of Aves


Yang ini pula adalah Final portfolio dan pada waktu ini adalah Presentation yang terakhir sebelum tamat sem 6. 
Di sini lecturer akan menilai dari segi perubahan dan pembetulan yang telah kita buat selepas Board Portfolio yang lalu.  So masa tu ade lah juga tambah-tambah edit-edit sikit kat board tu pastu tambah lah juga 1 board total semua 10 jadinya untuk Final Portfolio  
Final Portfolio ini juga adalah sangat penting kerana jika kita tidak hadir atau tidak menghadirkan diri pada masa yang ditetapkan, berkemungkinan ia akan menjejaskan markah terakhir bagi subjek design serta berkemungkinan besar perlu mengulang semula subjek ini. 

Kucing yang sentiasa merawat duka dan lara serta teman ku diwaktu malam huhuu. die ni suka buli encik hitam kat belakang tu kasihan encik hitam tak pasal-pasal kene gigit kene terajang kene tumbuk huhuu (lebih-lebih pulak ) nasib baik encik hitam ni baik tak melawan dan tak melayan perangai dia ni. Time nak balik Selangor haritu ingat mula-mula nak bawa balik, tapi tak apa lah biarlah dia membesar disitu dia pun dah pandai cari makan kat kedai makan seberang dari rumah sewa kami tu jadi tak risau lah kalo pasal makanan, harap depa disana boleh jaga diri baik-baik, jangan nakal-nakal macam kucing sebelah rumah tu yer yang suke sangat membuang kat veranda rumah ok ;)
Bubye KEDAH semoga kita Berjumpa lagi ;)  

Ok sampai disini sahaja cerita destinasi di Utara kita inshaAllah kalo ada lagi saya akan ceritakan lagi ok, dan rasanya kali ini banyak juga yang telah saya ceritakan.. dan mungkin selepas ni kita akan bercerita pulak tentang tempat-tempat menarik diselatan, mana tahu kan dapat study disana pula huhuu. inshaAllah nanti Kalo saya ade Masa, Waktu n Time saya akan sharing2 lagi ok ;)


Segala yang baik itu datang dari Allah yang lemah itu datang dari diri saya sendiri... akhir kalam Wabillahitaufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.. :D

Thursday, March 14, 2013

Hari Aku lah! anda.? :D



Assalamualaikum.. Hello, Hai hai!

Diharap hari2 kite sentiasa dalam keadaan Bahagia2 n Ceria2 selalu ok ^_^
Baru lah hidup kite sentiasa Osem..!!! tak gitu :D
Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi dengan limpah kurnianya kita masih lagi bernafas utk detik ini dan masih lgi diberi kesempatan untuk terus brjalan diatas muka bumi ni yang penuh dengan liku liku perjalann..


"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati.Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada kami." (Al-Anbia': 35)


Kira punya kira rupa-rupanya dah masuk 20an! umur 20! hah!! biaq betoii hahaa dah makin tue rupenye aq ni, huhuu pape pun itu juga sbenarnye satu peringatan utk aq ni yang mane makin bertambah umur makin dekat dengan keMatian~ Sakaratulmaut~ hawhaw. X_X'

 "Di mana juga kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (apabila sampai ajal) sekalipun kamu berada di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh..." (An-Nisa': 78)

DAN.!!! dan jangan tersilap! Tidak semestinya kita rase kita ni muda kita leh hidup lame.. Owhh "tidak" sbb nyawa kita bile2 masa Allah boleh tarik cume xthu bile n dimane je taw~  tah tah tengah syok makan tiba2 kita tercekik pastu trus mati ataupun turun tangga tergelincir terjatuh trus mati.. perghh.!! ataupun masa tengah buat dosa or maksiat kita mati hohoo.. Nauzubillahiminzalik Moge dijauhkan.. Seramm~ 

Sama-sama lah kita perbaiki segala kekurangan yang masih ada pada diri kita dan mungkin ada saki baki jahiliyyah yang masih melekat pada diri kita kita cepat2 hmpuskan virus tu.. Cukuplah dengan ingat MATI insyaAllah pasti kita akan takut nak buat sesuatu dosa itu.. emmm. 

Dan yang Pasti setiap hari kita tidak akan terlepas dri melakukan dosa dan jadikan lah Solat Sunat taubat ataupun Muhasabah diri seblum tdo sbagai amaln untuk kita sentiase Scan dan mencuci segala virus2 dosa supaya ia tidak terus merebak dan merosakkan kita .. sama-sama kita cuba k doa doa.. 


Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan "Terima kasih", Thank You", "Syukran Jazilan" pada Teman2 kawan2 rakan2 sahabat2 sama ada yang mengenali atau yang tidak mengenali yang wish Birthday n mendoakan saya pada tarikh dan angka yg ditunggu tunggu kihkihkih.. sehari seumur hidup kot 130313 ni... tahun depan 130314 arrr pastu 130315 arrr n seterusnye.. insyaAllah jika diberi kesempatan umur yang panjang.. tunggu angka n tarikh yang ni pulak 130333 hahaaa..  

OK lah Rasanya cukup untuk perkongsian yang tak seberape ni.. nnti  kalo saya ade Masa, Waktu n Time saya akan sharing2 lagi ok ;) Segala yang baik itu datang dari Allah yang lemah itu datang dari diri saya sendiri... akhir kalam Wabillahitaufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.. :D

Wednesday, January 9, 2013

Yang tercinta


Assalamualaikum.. Hello, Hai...:D

Diharap hari2 kite sentiasa dalam keadaan Bahagia2 n Ceria2 selalu ok ^_^ 
Baru lah hidup kite sentiasa Osem..!!! 
betul tak.?? ke tak betul.?? hehee :D
huh! sekejapnye rase.. rupe2nye dah masuk sem4 tengah praktikal.. pasni sem5 pastu sem6.. setahun lagi.. umur pun dah naik 20 mkin tua dah aq ni..hahaa.. 

bile dah msuk praktikal ni rase mcam dah berade di alam pekarjaan pulak.. bgun pagi siap2 semue bagai pastu kol 7suku gerak shah alam.. walaupun office bukak kol 8.20 tpi aq kene garak awal takut jammed kat shah alam tu.. tpi sbnrnye xjammed pun ikut jugak lah kalo die nak jammed jammed lah die.. :p Pastu Masuk kol 5stgh trus caw nak balik..hehee sabtu ahad cuti.. huhuu mcm tu lah setiap minggu jadual keje (praktikal)..
Penat tu penat lah jugak sebb 9jam megadap Pc semue n keje2 lain.. pastu balik keje je kat umah dlm kol 10pm dah rase gantuk hohoo.. bru ingt nak keje part time dri kol 6pm sampai kol 12pm tpi bile tengok keadaan mcm ni terpakse lah pikir banyak kali.. haish..
Gitu lah minggu2 ku tme praktikal ni..
(^_^) Tu serba sedikit je aq nak cite time praktikal ni.. blum masuk bab2 dlm office lagi huhu mcm2 cite ade.. mcm gmbr kat atas sekali tu antara projek yg tgh aq buat kat CADD.. so lepas dah hbis completed semue tu naik 3D pulak.. hehee ;)
  
Hahaha sbnarnye dah lari dari tajuk asal ni.. tibe pulak tajuk Yang terCinta cerite pasl praktikal hahaha k k Berbalik pada tajuk asal tu.. Yang tercinta.. :D

Sebenarnye xthu nak post ape untuk kali ni tpi bile tgk mmber tu dah update post trbarunye "love you so"  rase nak join juga lah kan hahaa.. Tapi pada asalnye ada post lain yg nak di update tapi trbengkalai pulak hehee..idea hilang.. Tme tgh jalan2 nak g makan tu ade idea nak tulis ape untuk post yg terbaru tu tpi bile dah kat depan lappy ni trus dah idea nak tulis pew.. pastu trus hilang mood huhuu.. tu lah sampai skrg post yg spatutnye siap tak siap2 lagi..hahaa lari target.  

emmm xpew2.. Untuk kali ni post lain sikit.. just nak sampaikan lagu Favorites je untuk ummi.. huhuu.. lagu ni mmg betul2 best lagi2 lagu yang dinyayikan oleh Maher Zain semuenye best2 belaka n lagu die semuenya byk input2 yg brgune.. mmg betul2 Osem!! antara lagu2 yang mmjadi favorite aq "The Number One For Me"  lagu ni pling aq minat selain "love you so" Hehee :D

Jom kite hayati lagu ini.. khas untuk Ummi <3Terimalah... (ok clik play kat bwah ni ) 



i was a foolish little child
crazy things I used to do
and all the pain I put you through
mama now i'm here for you

for all the times i made you cry
the days i told you lies
now it's time for you to rise
for all the things you sacrificed

oh, if i could turn back time rewind
if i could make it undone
i swear that i would
i would make it up to you

mum i'm all grown up now
it's a brand new day
i'd like to put a smile on your face every day
mum i'm all grown up now
and it's not too late
i'd like to put a smile on your face every day

and now i finally understand
your famous line
about the day i'd face in time
'cause now i've got a child of mine

and even though i was so bad
i've learned so much from you
now i'm trying to do it too
love my kid the way you do

oh, if i could turn back time rewind
if i could make it undone
i swear that i would
i would make it up to you

oh, if i could turn back time rewind
if i could make it undone
i swear that i would
i would make it up to you

mum i'm all grown up now
it's a brand new day
i'd like to put a smile on your face every day
mum i'm all grown up now
and it's not too late
i'd like to put a smile on your face every day

you know you are the number one for me
you know you are the number one for me
you know you are the number one for me
oh, oh, number one for me

you know you are the number one for me
you know you are the number one for me
you know you are the number one for me
oh, oh, number one for me

there's no one in this world that can take your place
oh, i'm sorry for ever taking you for granted, ooh
i will use every chance i get
to make you smile, whenever i'm around you
now i will try to love you like you love me
only god knows how much you mean to me

oh, if i could turn back time rewind
if i could make it undone
i swear that i would
i would make it up to you

mum i'm all grown up now
it's a brand new day
i'd like to put a smile on your face every day
mum i'm all grown up now
and it's not too late
i'd like to put a smile on your face every day

mum i'm all grown up now
it's a brand new day
i'd like to put a smile on your face every day
mum i'm all grown up now
and it's not too late
i'd like to put a smile on your face every day

the number one for me
the number one for me
the number one for me
oh, oh, number one for me

Maher Zain – Number One For Me


Mcm mane.?? ok? best kan hehee..<3
OK lah Rasanya cukup untuk perkongsian yang tak seberape ni.. nnti  kalo saya ade Masa, Waktu n Time saya akan sharing2 lagi ok ;) Segala yang baik itu datang dari Allah yang lemah itu datang dari diri saya sendiri... akhir kalam Wabillahitaufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.. :D




Friday, December 7, 2012

KEDAH yg Osem! :D



Assalamualaikum.. Hello, Hai...:D
Diharap hari2 kite sentiasa dalam keadaan Bahagia2 n Ceria2 selalu ok ^_^ 
Baru lah hidup kite sentiasa Osem..!!!
Huh.!! Sedar tak sedar sebenarnye sem3 dah pun berakhir hmm hmm hmm rasa sekejap sgt mcm bru msuk sem1.. adoi2 itu lah kehidupan..  setiap manusia mengalaminya cuma yang membezakan kite dengan org lain ialah macam mane kite menguruskan mase kite tu adakan ia betul2 bermanfaat ataupun sebaliknya...
 "Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."   (Al Asr: 1-3) 
Dan yang pasti dalam perjalann hidup kita tu terlalu banyak pengalaman manis dan pahit telah kita tempuhi dan semua tu adalah satu kelebihan bagi kita kerana dengan pengalaman itu lah ia dapat memajukan kita manjadi seseorang yg labih baik dan terbaik serta dapat memperbaiki segala kelemahan2 yang pernah kita dilakukan dulu dan insyaAllah tidak akan mengulanginya kembali.. :)


HUh.!! pantas pantas masa berlalu.. dan Rasanya Mengaji kat Kedah pun dah setahun setengah hohoo sekejapnye lah... n yang paling best tu dalam byk2 sem.. sem3 lah yang paling best tau Yahooo!! yer lah mane taknya banyak berjalan ke hulu ke hilir ke sane ke sini buat case study yeahh.!! :D  
Dan waktu yang paling ditunggu2 sekali ialah nak start IL latihan industri hohoo Alhamdulillah bakal  praktikal di salah sebuah Firma Arkitek kat Shah Alam name firm tu Hilmi.Faridah ARCHITECTS hope kat situ nnti dapt buat yang terbaik untuk firma tu n mencari sebanyak mungkin pengalamn2 dan insyaAllah akan diguna pakai pada waktu yg akan datang.. 

K lah entry kali ni rasanya banyak kepada pngalaman2 n kenangan2 berjalan jalan kesane kesini kat area2 Kedah... dan sebenarnye byk nak saya cite tapi rasaya yang termampu je lah kot.. hehee sbb rasanye kalo nak cite kenangan2 kat kedah dri awal2 datang kedah tu memang banyak n terlalu lah banyak dgn tempat2 yang menariknye kat sekitar kedah ni huh memang tak kan hbis lah...:D pergh.!! memang bestlah MENGAJI jauh2 kat Utara ni noh..hukhuk..

K lah Saya start dengan mase awal2 saya buat Case Study Construction Building and Working Drawing kat rumah Bungalow fully Timber yang kos Rumah ni mencecah lebih satu juta woW.!! OSEM gile..
kalo korang perhatikan betul2 rumah ni besar sangat2 n design rumah ni banyak mengunnakan ruang kat belah tingkat atas dari tingkat bawah.. sbb ape korang nak tahu.. sebab tuan rumah ni suke tengok Pendang ala sawah padi tu pergh.!! view die mmg terbaik arrr tabik spring sama tokey ni huhuhu mmg cantik :D  




Umah banglow ni sebanarnye belum siap lagi n masih dalam pembinaan.. dan tukang kayu die hanya ade 2 orang je n due2 tukang kayu tu mmg pro dgn bab2 kayu ni.. sbb tu umah ni agak lambat sikit siap dan lagi satu tuan rumah die ni pulak katanye tokey kayu balak kat Kedah xthu lah btul ke tak hohoo patut lah :P
Ni antara rumah paling Osem pernah saya nampak kat kedah tau... Terrrbaikk.!! suke sangat rumah ni.. insyaAllah kalo kelapangan nnti leh sekali2 melawat umah ni hehee :)

LOCATION :
PEKAN PADANG SERA, JALAN SRI PUTEH, 06100 KODIANG, 
KEDAH DARUL AMAN



Case study Design park n parking pulak.. team ktowg memilih lokasi Masjid Al Bukhary heheee.. ape tunggu lagi Jom! kita ke Alor Setar pulak..
Masjid Al Bukhary ni masjid yang paling cantik antara msjid lain di kedah ditambah dengan landscapenye2 yang sunggh cantik.. hehee alhamdulillah tme ktowg g buat Case study tu kebetulan bru masuk awal Ramadhan so ktowg tak sia2kan peluang keemasan beriktikaf sekajap kat dalam masjid.. hehee cantik sunggh masjid ni... sape2 yang masih belum lagi sampai jom kite pgi :D    
LOCATION :
JALAN LANGGAR, 05450 ALOR STAR,  
KEDAH DARUL AMAN





Gambar yang kat tepi n kat bawah ini pulak masa ktowg g buat Case Study Design kat Muzium2 sekitar Negari Kedah, dan antara muzium yang sempat ktowg lawati ialah Muzium Padi, Muzium Negeri Kedah dan Muzium Diraja Kedah. Alhamdulillah banyak info2 dan bahan2 yg ktowg dapat dari ketiga2 Muzium tu dan yang paling best mase ktowg melawat muzium Negeri Kedah sbb kat situ ktowg dapat info2 berkenaan dengan sejarah negeri kedah n tempat2 bersejarah.. ecehhh info yg tak barkaitan pulak byk. owg suruh buat kajian bangunan Muzium tu bukan nak kaji sejarah kedah hawhaw.. :D  hahaaa ape daaaa.. Ape2 pun sebenarnye dua2 ktowg dapat... info tentang bangunan Muzium berkenaan dapat, info sejarah kedah pun dapat...yeah..!! hahaa Osem!!
LOCATION :
MUZIUM PADI KEDAH, 06250 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN

LOCATION :
DARUL AMAN HIGHWAY, ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN










Dan gambar kat belah kanan bawah tu pulak ialah View air kolam time wktu malam.. bende ni boleh jumpe kat depan Balai Besar n kalo kowg perasan bende ni kat depan antara Balai Besar n Masjid Tahir..  kolam air pancut ni sangat lah besar dan kolam ni waktu siang2 memang xnampak cantik.. tapi kalo bile time waktu malam memang lawa ditambah dengan hiasan2 lampu i-City kat sekitar kolam ni.. mmg cantik ;)  
LOCATION :
BANDAR ALOR SETAR, 05150 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN




Huh.!! mcm tu lah kesahnye ok lah sebanarnye ade banyak lagi nak cite pasal tempat2 menarik ni kawan2.. belum masuk bab2 Makanan n Restoran2 kat kedah ni lagi hahaa :D lagi lah banyak nak cite.. tpi cukup lah untuk kali ni.. eh eh eh.! terlupe pulak.. ade satu lagi tempat yang belum saya cite dan yang ni lebih Osem.. sebb ape tau.. sbb yang ni mmg betul bercuti sakan.. Cuti2 Bahagia n kat sini lah tempat ktowg rakan2 Bulatan Osem release tension selapas berjuang di medan exam hahaha exam lah sangat padahal dua paper jer dak DSB hihihi :P
Alhamdulillah Bulatan Osem BerMukhayyam kat Kem kenari, Yan Kedah.. fuhh.!! kami jumpe ape yang kami cari hahaha xrugi2 owhh kali ni betul Osem.!! n tersgt lah Osem!! #Ukhuwah Teras Kegemilangan

Kat tmpat ni ade macam2 tau dan sangat sesuai kalo ade sape2 nak buat program2.. xkira ape2 prgram...
sbb fasilitis2 kat sini memang cukup.. dewan, kelas, surau, chalet, asrama, cafe, dataran, kolam renang, sungai n mcm2 lah.. semuenya ada mmg xrugi :D 
LOCATION :
KEM KENARI NATURE PARK, JLN TANGGA KENARI, KG. ACHEH, 06900 YAN, 
KEDAH DARUL AMAN

OK lah Rasanya cukup untuk perkongsian kali ni.. nnti  kalo saya ade Masa, Waktu n Time saya akan sharing2 lagi ok ;) Segala yang baik itu datang dari Allah yang lemah itu datang dari diri saya sendiri... akhir kalam Wabillahitaufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...